Satu lagi kemudahan asas yang terdapat di persekitaran Kampung RTP Sungai Ular. Kemudahan tersebut adalah Kedai Eco RM2.10 yang mana terdapat pelbagai barangan yang diperlukan oleh komuniti. Nilai harga barangan juga adalah murah dan berbaloi. Pada asalnya kedai ini hanya terdapat di bandar Lipis sahaja. Namun begitu, terdapat seorang usahawan telah mengambil inisiatif untuk menyediakan kemudahan ini memandangkan jarak perjalanan untuk komuniti ke bandar adalah kira-kira 25km ke atas. Oleh hal yang demikian, kemudahan yang disediakan di sini sekurng-kurangnya mampu membantu komuniti mencari barangan keperluan Antaranya pasu bunga yang semakin laris dijual memandangkan hampir keseluruhan komuniti suka menanam bunga. Selain itu juga terdapat barangan peralatan alat tulis untuk persekolahan anak-anak. Sememangnya kemudahan ini sedikit sebanyak dapat membantu komuniti membeli kelengkapan yang diperlukan.

Satu lagi kemudahan asas yang wujud di Kampung Sungai Ular dan sekitarnya ini, iaitu Kedai Peralatan Elektrik dan Tukang Paip. Kedai ini terletak bersebelahan dengan Masjid RTP Sungai Ular. Perkhidmatan yang disediakan ini termasuklah penjualan barang-barang peralatan elektrik dan juga pertukangan paip. Kedai ini diasaskan oleh Encik Azman dan isterinya Puan Sabrina. Komuniti yang ingin membeli peralatan atau ingin menggunakan khidmat mereka, boleh terus menghubungi talian www.wasap.my/60198207427.

Satu lagi perkidmatan yang disediakan untuk kemudahan komuniti RTP Sungai Ular dan juga kawasan sekitar. Perkhidmatan Mini Poslaju ini memberi tujuan untuk mengambil dan menghantar bungkusan, urusan membeli prabayar poslaju, kotak dan sampul. Lokasi Mini Poslaju ini adalah berdekatan dengan Pusat Internet RTP Sungai Ular. Oleh itu, komuniti yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut boleh berkunjung ke sini atau juga boleh menghubungi ejen sah poslaju, iaitu Encik Muhamad Shahril Sazwan di talian www.wasap.my/60199965907

 

Perpustakaan Awam Daerah Lipis kini telah berwajah baru. Hal ini kerana hasil ubahsuai menjadikan Perpustakaan awam ini tampak lebih moden serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta ruang bacaan yang luas dan selesa. Oleh itu, komuniti digalakkan membawa anak-anak dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan memandangkan keadaan sekarang masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Sumber : Majlis Daerah Lipis

Perkhidmatan Pos Express J&T Sungai Koyan Daerah Cameron Highlands ini terletak kira-kira 15KM dari Pusat Internet RTP Sungai Ular. Ianya telah beroperasi sepenuhnya di bawah Syarikat Sabarjaya Enterprise. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah untuk pengeposan dan penerimaan barang-barang kiriman di bawaj kurier J&T Express. Komunit yang ingin menggunakan perkhidmatan pengeposan kurier J&T boleh terus ke lokasi berkenaan yang mana ianya beroperasi bermula jam 9.00 Pagi sehingga 5.30 Petang setiap hari. Atau boleh juga menghubungi talian 010-5390670.