Buli siber ialah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet.

 

𝐌𝐚𝐜𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐞𝐥𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐥𝐢 𝐬𝐢𝐛𝐞𝐫?
-𝗔𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗯𝘂𝗹𝗶 dan jangan balas mesej
-𝗧𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 atau hentikan penggunaan media sosial sekiranya anda diancam
 -Awas! Nada dan makna mesej yang ditulis juga boleh disalah tafsir
 

 

KESAN BULI SIBER:

-Boleh menyebabkan mangsa menjadi resah, murung serta penyakit lain yang berkaitan tekanan

-Dalam kes tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa bunuh diri

 

Sekiranya anda adalah mangsa buli siber:

-Bincang dengan orang yang boleh dipercayai (ibubapa,kaunselor/guru)

-Simpan e-mel, mesej atau imej buli sebagai bahan bukti.

-Jangan balas mesej teks atau e-mel buli.