Melalui Generasi Penamat Rokok, kerajaan telah melarang individu yang lahir selepas 1 Januari 2007 daripada menggunakan, menjual dan memiliki sebarang produk rokok termasuk rokok elektronik.
Nikotin yang terdapat dalam rokok boleh menyebabkan perokok mengalami ketagihan dan kesukaran untuk menghentikan tabiat tersebut.
Sempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, KKM mengambil kesempatan menyeru Generasi Penamat Rokok serta masyarakat umum untuk menghindar tabiat merokok dengan tidak memulakannya sama sekali demi melahirkan generasi bebas asap rokok pada masa depan.
Para perokok boleh mendapatkan bantuan dan nasihat melalui hotline Berhenti Merokok di talian 03-8883 4400 atau kunjungi Perkhidmatan Berhenti Merokok di fasiliti kesihatan berhampiran.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan/1957-tip-tidak-mula-merokok#sigFreeId8209c515f9