Pemilihan makanan yang bersih dan selamat perlu dititikberatkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti penyakit bawaan air dan makanan, khususnya keracunan makanan.

Punca utama keracunan makanan adalah apabila seseorang individu memakan makanan atau meminum minuman yang telah tercemar dengan bahan pencemar seperti kuman, serpihan kaca, logam dan sebagainya akibat amalan pengendalian makanan yang kurang bersih dan tidak selamat.

Pengguna dinasihatkan untuk perhati dan pilih sebelum membeli makanan atau minuman. Sekiranya pengguna mempunyai kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq