Kali ini petugas PIK RTP Sungai Ular memperkenalkan salah seorang lagi usahawan yang terdapat dalam kalangan komuniti sekitar Kampung Sungai Ular. Usahawan ini mengusahakan perniagaan Takoyaki Leleh sebagai kudapan pada waktu petang bagi penduduk sekitar. Perniagaan ini diusahakan oleh Puan Aminah Binti Haji Wahid dan suami beliau, Encik Rosly bersama-sama dengan tiga orang anak beliau. Gerai ini bertempat di perkarangan rumah beliau dan beroperasi bermula pada jam 12.00 Tengahari sehingga 6 petang pada setiap hari kecuali hari Khamis.Komuniti yang merasai keenakan dan kelazatan Takoyaki Leleh ini boleh terus menghubungi talian berikut https://www.wasap.my/601132203692/TAKOYAKILELEH/ 

https://www.wasap.my/60148416287/TAKOYAKILELEH/