Bermula hanya sekadar suka-suka menyediakan kudapan anak-anak di waktu petang, pembuat kek dan tart ini akhirnya menerima tempahan demi tempahan dari komuniti sekeliling. Puan Ainun Nadiah merupakan salah seorang penduduk Kampung Keledek, iaitu lebih kurang 4 Kilometer jarak rumah beliau ke Pusat Internet RTP Sungai Ular kini sedang mengorak langkah memulakan perniagaan secara bersemuka ataupun dalam talian. Beliau merupakan seorang suri rumah dan mempunyai tiga orang anak. Mengambil pendekatan untuk membuat jualan kek dan cheese tart ini adalah untuk menambah pendapatan sampingan keluarga. Komuniti yang ingin membuat tempahan kek dan tart boleh terus menghubungi www.wasap.my/60135307959