Peredaran masa telah menyebabkan manusia berpusu-pusu mengusahakan pelbagai perniagaan untuk mencari sumber pendapatan sampingan malahan ada juga sumber pendapatan yang tetap, terutamanya suri rumah yang ingin membantu menambahkan pendapatan keluarga. Oleh itu, dengan kecanggihan teknologi masa sekarang, para suri rumah ini berkecimpung dalam perniagan secara dalam talian. Antaranya mereka menjual pelbagai produk tidak kira dengan menggunakan modal sendiri ataupun secara orang tengah (dropshipper). Hasilnya, mereka juga mempunyai pendapatan sendiri pada abad ini. Ada yang mengusahakan secara sambilan dan ada juga yang menjadikan perniagaan tersebut sebagai sumber rezeki yang tetap.

1. Puan Nurul Shazwani merupakan usahawan online secara sepenuh masa. Berikut merupakan media sosial yang digunakan oleh beliau untuk memasarkan produknya.

 

2. Puan Norzima merupakan Pembantu Tadika Kemas di Bukit Betong dan secara langsung terlibat dengan dunia perniagaan secara dalam talian untuk menambahkan lagi pendapatan keluarga.

 

3. Puan Fifi Mariani merupakan suri rumah sepenuh masa pada asalnya. Namun, demi membantu menambahkan lagi pendapatan keluarga, beliau nekad belajar untuk menjadi seorang usahawan online yang berjaya. Beliau mendaftar sebagai agen kepada satu produk kecantikan dan menjual secara langsung dan juga di alam maya.