Kata pepatah, kalau berbudi pada tanah, lambat laun akan dapat hasilnya. Inilah perumpamaan yang paling tepat sekali untuk anak muda kampung ini, Encik Ikmalul Hazim Bin Zainuddin. Beliau yang berkelulusan dalam bidang pertanian telah mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam perusahaan menternak dan bertani. Beliau mengusahakan tanah milik bapanya dengan menanam tanaman labu dan juga menternak lembu di ladang milik peneroka RTP Sg Ular dan telah mendapat keizinan daripada pihak LKPP Corporation Berhad.