Kali ini PEDi RTP Sungai Ular membawakan usahawan yang semakin hari aktif mempromosikan produk perniagaannya dalam talian. Puan Ainun Nadiah merupakan salah seorang ahli di PEDi RTP Sungai Ular yang sekarang ini mengusahakan produk makanan sebagai punca pendapatan tambahan keluarga. Hasil sokongan daripada keluarga, tercetus idea baginya untuk menjual makanan untuk santai-santai di waktu petang. Lokasinya adalah di depan rumah ibu bapanya sendiri di Kampung Keledek. Selain itu juga, Puan Ainun turut mengusahakan kek dan tart untuk pelbagai jenis sambutan. Komuniti yang ingin mendapatkan kudapan petang boleh terus menghubungi beliau di talian wasap.my/60135307959 atau terus melayari media sosial facebook beliau Ainun Nadiah | Facebook