MCMC dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) serta Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menjalinkan kerjasama dalam menjayakan yang dilihat mampu memberi sokongan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta penjaja kecil dalam meningkatkan penggunaan digital dalam operasi perniagaan harian mereka.
 
GDPM adalah selaras dengan usaha berterusan MCMC dalam mempercepatkan penggunaan digital melalui
ketersediaan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) sebagai titik sentuh komuniti untuk latihan digital dan pemajuan 5G bagi memperluaskan aksesibiliti di Malaysia.
Fokus utama MCMC untuk GDPM adalah penjagaan kesihatan dan aplikasi tandatangan secara digital.
Ini secara tidak langsung dapat memudahkan akses kepada penyedia perkhidmatan digital dan seterusnya
menggalakkan pendigitalan dalam kalangan PMKS.