Kedai makan ini diusahakan oleh Encik Zainuddin Bin Abdullah bersama isterinya Puan Salimatuddiah Binti Yahya. Lokasi kedai makan ini terletak di pinggir jalan menuju ke Sungai Koyan. Antara menu masakan yang dijual seperti Nasi Lemak, Nasi Berlauk, Nasi Kerabu serta pelbagai jenis kuih-muih. Kedai ini beroperasi seawal jam 6.30 pagi pada setiap hari.