Bermula dengan hanya cubaan menjahit pakaian sendiri, Puan Mariati Ismail kini sudah pun mengorak langkah mengambil tempahan menjahit pakaian semasa musim perayaan terutamanya. Secara amnya, seorang tukang jahit perlu kreatif dalam menghasilkan rekaan mengikut citarasa pengguna. Begitu juga dengan Puan Mariati yang sentiasa mempunyai idea-idea yang baru dalam rekaan yang dihasilkannya. Selain menjahit pakaian, beliau juga mengambil tempahan membuat langsir. Kepada yang ingin membuat tempahan menjahit pakaian, boleh berhubung terus dengan beliau di talian 012-2629031.