Usahawan kali ini merupakan Usahawan Tudung yang diberi nama Majdina Basic Shawl. Ianya diusahakan oleh salah seorang ahli Pi1M RTP Sungai Ular, iaitu Puan Jumria Alimuddin yang berasal dari Negeri Di Bawah Bayu Sabah. Beliau menetap di Kuarters Kakitangan Sime Darby Plantation Bukit Puteri kerana mengikut suami beliau yang ditugaskan ke sini. Sebagai suri rumah sepenuh masa, beliau tidak betah untuk duduk diam sahaja, oleh sebab itu beliau telah berjinak-jinak dalam bidang mengait dan sulaman tudung. Bermula sekadar untuk memenuhi masa lapang, kini beliau telah mengorak langkah memasarkan hasil tangan beliau secara dalam talian melalui Facebook Page Jumria Collection.