Kali ini Pusat Internet memaparkan seorang lagi ahli Pusat Internet RTP Sungai Ular yang telah menghadiri Bengkel Keusahawanan dan ICT baru-baru ini. Beliau ialah Encik Muhamad Daim Bin Derome, iaitu merupakan seorang lepasan graduan dari sebuah universiti tempatan yang belum mendapat pekerjaan. Namun begitu, beliau telah mengambil keputusan untuk menyertai Kursus Asas Jahitan dan Fesyen di Giatmara Sungai Koyan demi memenuhi masa yang terluang. Selain itu, beliau juga telah menjual produk wangian jenama Dexandra sebagai pendapatan sampingan. Semasa menyertai Bengkel Keusahawanan, beliau telah memperluaskan lagi cara mempromosikan produk jualan tersebut dengan membuka akaun Facebook Page dan juga menggunakan platform modul Dashboard MyShop. Komuniti yang ingin mendapatkan produk wangian Dexandra tersebut boleh terus menghubungi beliau di talian 601111621682 dengan panggilan manjanya adalah PokYa Dexandra.