Kisah usahawan kali ini adalah berkisar tentang salah seorang komuniti RTP Sungai Ular sendiri yang mengusahakan warung roti canai pada setiap pagi. Encik Mohd Hamdan Bin Yusuf yang juga dilantik sebagai Imam 2 Masjid RTP Sungai Ular mengambil peluang menggunakan bakat yang telah dikurniakan, iaitu dalam pembuatan roti canai. Beliau membuka gerai tersebut pada jam 6.30 pagi, iaitu setelah selesai menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid. Terdapat ramai pelanggan yang singgah di gerai tersebut untuk menikmati keenakan roti canai buatannya.