Perusahaan membuat Kek Marble ini telah diusahakan oleh Puan Nurul Shazwani Mohd yang berasal dari RTP Sungai Ular. Pada asalnya beliau hanya membuat kek marble untuk hidangan keluarga sahaja. Namun begitu, terdapat permintaan daripada komuniti sekitar untuk membuat tempahan kek marble tersebut. Oleh hal yang demikian, Puan Nurul Shazwani terus mengorak langkah menjadikan ia sebagai salah satu punca pendapatan sampingan untuk membantu suami beliau. Komuniti yang ingin merasai kelazatan kek marble buat Puan Shazwani boleh terus menghubungi beliau di talian www.wasap.my/601119978001 untuk membuat tempahan.