Nama  : Muhammad Adam Dazreen Bin Mohd Nor Hafiz 
Umur : 8 Tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Adik Adam Dazreen merupakan anak kedua dari tiga adik beradik dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampong Keledek. Adik Adam Dazreen tinggal bersama datuk dan neneknya sementara ibu dan bapanya bekerja. Oleh itu,beliau telah memenuhi masa terluang dengan menghadiri kelas ICT yang dianjurkan oleh PIK RTP Sungai Ular.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Sebelum ini beliau hanya mengikut kakaknya datang ke pusat internet semata-mata ingin menggunakan bermain game online dan juga menonton Youtube sahaja. Oleh sebab itu, beliau kurang mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office dan juga menggunakan laman sesawang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Namun begitu, sempena cuti persekolahan baru-baru ini beliau telah menghadiri Kelas Asas ICT  yang dikendalikan oleh Petugas PI RTP Sungai Ular. Setelah dilatih dan diberi tunjuk ajar dan latihan intensif latihan Microsoft Office, beliau sudah mahir menggunakan perisian tersebut dengan lebih baik. Selain itu juga, petugas turut menyelitkan pembelajaran subjek persekolahan sebagai latihan selepas belajar asas computer tersebut.