Nama |
: NUR AMALINA BALQIS BINTI MOHD YUZAIRI |
Umur |
: 9 TAHUN |
Ahli |
: 26 April 2019 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan Februari 2022 pada kali ini kami berkisar tentang seorang pelajar yang berulang-alik mengunjungi Pusat Ekonomi Digital RTP Sungai Ular untuk belajar menggunakan komputer. Adik Amalina adalah pelajar tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek dan juga adalah anak sulung daripada lima adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Amalina hanya datang mengikut ibunya atas urusan mencetak dan fotokopi. Lagi pula dengan suasana pendamik, ramai ibu bapa yang risau untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti kelas komputer yang dianjurkan. Oleh hal yang demikian, adik Amalina kurang pendedahan kepada penggunaan komputer. Sempena cuti persekolahan baru-baru ini, PEDi RTP Sungai Ular telah membuat Kem Interaktif ICT untuk pelajar tahap 1, adik Amalina turut mengikuti kelas mengikut SOP yang telah ditetapkan. Banyak perkara asas mengenai komputer telah dipelajari, terutamanya apabila dipraktikkan kaedah pembelajaran setiap subjek di sekolah dengan menggunakan computer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Hasilnya selepas beberapa kali mengikuti kelas, adik Amalina boleh mengendalikan computer dengan baik. Selain itu, adik Amalina turut memahami bagaimana menggunakan Microsoft Word untuk menaip, Google Chrome untuk membuat carian bahan yang diperlukan dalam pembelajaran. Antaranya menggunakan aplikasi e-pembelajaran untuk mengulangkaji pelajaran. Lebih-lebih lagi penggunaan computer dan internet semakin rancak digunakan dalam sesi pembelajaran masa kini.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/1575-success-story-celik-it-mac-2022#sigFreeId0e34ef7a0e