Nama |
: AMANINA BINTI RAZALI |
Umur |
: 9 TAHUN |
Ahli |
: 04 SEPTEMBER 2022 |
Latar belakang
Kisah Kejayaan Januari 2023 pada kali ini kami berkisar tentang seorang pelajar yang berulang-alik mengunjungi PEDi RTP Sungai Ular untuk belajar menggunakan komputer. Adik Amanina adalah pelajar tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Kampung Keledek dan juga adalah anak kelima daripada enam orang adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Adik Amanina hanya datang mengikut ibunya untuk urusan mencetak dan fotokopi. Oleh hal yang demikian, adik Amanina kurang pendedahan kepada penggunaan komputer. Sempena cuti persekolahan baru-baru ini, PEDi RTP Sungai Ular telah membuat Kem Interaktif ICT untuk pelajar tahap 1, jadi adik Amanina tidak melepaskan peluang mengikuti kelas asas ict yang telah dijadualkan. Banyak perkara asas mengenai komputer telah dipelajari, terutamanya apabila dipraktikkan kaedah pembelajaran dalam talian untuk setiap subjek di sekolah dengan menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Hasilnya selepas beberapa kali mengikuti kelas, adik Amanina boleh mengendalikan computer dengan baik. Selain itu, adik Amanina turut memahami bagaimana menggunakan Microsoft Word untuk menaip, Google Chrome untuk membuat carian bahan yang diperlukan dalam pembelajaran. Antaranya menggunakan aplikasi e-pembelajaran untuk mengulangkaji pelajaran. Lebih-lebih lagi penggunaan komputer dan internet semakin rancak digunakan dalam sesi pembelajaran masa kini.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/1817-success-story-celik-it-januari-2023#sigFreeId4d58737402