Nama

: Nur Aina Athirah Binti Azmaan

Umur

: 17 tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Cik Nur Aina Athirah merupakan salah seorang pelatih di Pusat Giatmara Cameron Highlands. Beliau mengambil keputusan untuk menjadi pelatih di pusat tersebut kerana beliau kurang berminat untuk meneruskan lagi pembelajaran dalam bidang akademik. Selain itu, minat beliau dalam bidang jahitan juga menjadi alasan yang kukuh untuk beliau menyertai latihan tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cik Nur Aina kurang pengetahuan dan tidak mahir dalam penggunaan komputer dan sekaligus kurang mahir mempraktikkan ilmu keusahawanan bagi tujuan mempromosikan produk yang dijual.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menyertai Bengkel Keusahawanan di PI RTP Sungai Ular, beliau telah mahir dalam mengendalikan computer dan juga teknik-teknik mempromosikan produk jualan beliau secara langsung mahupun di media sosial. Hasilnya, beliau telah mengetahui cara mempromosikan produk dengan cara yang betul di samping membuat ayat jualan untuk menarik minat pelanggan membeli barangan tersebut.