Nama

: Norlizah Binti Sariman

Umur

: 51 tahun

Ahli

: 2019

 

Latar belakang

Puan Norlizah merupakan surirumah sepenuh masa yang kemudiannya menghabiskan masa dengan mengikuti latihan kelas jahitan di Giatmara cawangan Cameron Highlands yang bertempat di Felda Sungai Koyan 3. Beliau mengambil jurusan Fesyen dan Design di GiatMara tersebut.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Minat yang mendalam dalam bidang rekaan dan fesyen membuatkan beliau mula berjinak-jinak dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Namun begitu, disebabkan kekurangan modal untuk belajar berkaitan dengan pemasaran dan juga penggunaan ict, beliau hanya meneruskan secara perlahan-lahan sahaja. Selain itu, corak perniagaan beliau juga lebih menjurus kepada penduduk setempat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mendaftarkan diri di PI RTP Sungai Ular bersama dengan kawan-kawan untuk menyertai Bengkel Keusahawanan yang dianjurkan oleh PI RTP Sungai Ular dan berkolaborasi bersama dengan GiatMara sendiri, beliau mendengar takimat ekeusahawanan bertujuan untuk membuat pengiklanan berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan kepada penduduk dengan lebih teratur dan sistematik. Antaranya beliau  telah dilatih untuk mempromosikan perkhidmatannya dengan menggunakan media sosial dan juga Dashboard MyShop yang merupakan salah satu modul baru yang diajar di Pusat Internet. Bertitik tolak dari bengkel tersebutlah beliau telah mampu mempromosikan produk yang dijual dengan lebih yakin. Selain itu juga, beliau telah merekacipta background facebook page dengan menggunakan canva.com hasil dari pembelajaran teknik mengambil gambar produk yang telah dijahit.