GB4B Negeri Pahang telah melangsungkan Mesyuarat Agong Tahunan di Lisnaree Resort Sg Ular yang telah dirasmikan oleh YB Dato Fakhrudin Arif Exco Kerajaan Negeri Pahang. Turut hadir YB Dato Sri Ishak Hj Muhamad Speaker DUN Pahang , Presiden MBN Pahang, Pengerusi JKKK Sg Ular, Pengerusi GB4B Pahang.
 
Majlis turut meraikan Presiden GB4B Kebangsaan Nizam Omar dan delegasi 4B Kebangsaan serta kunjung hormat bertemu MB Pahang yg ke 14 Dato Sri Diraja Hj Adnan Yaakob di Kediamannya di Kuantan. Beberapa wakil daripada GB4B Cawangan RTP Sungai Ular turut menghadiri mesyuarat tersebut.