Pada 5 Januari 2021, sebahagian AJK Belia 4B(M) Cawangan RTP Sungai Ular telah terlibat dalam misi bantuan banjir ke beberapa buah kampung yang terlibat. Antaranya adalah Kampung Kuala Medang, Kampung Tanjung Gahai, Kampung Lubuk Kulit, Kampung Bertang, Kampung Bukit Betong, Kampung Bukit Kota dan Kampung Lubuk Kulit. Inisiatif ini juga diambil oleh para belia sebagai mewakil YAB DS Wan Rosdy Bin Wan Ismail, iaitu Menteri Besar Pahang. Komitmen yang diberikan sangatlah dihargai kerana tanda keprihatinan para belia terhadap mangsa-mangsa banjir di kawasan Mukim Batu Yon dan Mukim Ulu Jelai.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/belia-harapan-bangsa/1213-misi-bantuan-banjir-oleh-gerakan-belia-4b#sigFreeId1880d7c26d