Sijil Pengendalian Makanan merupakan sijil yang wajib ada bagi setiap komuniti yang ingin memulakan perniagaan makanan. Oleh hal yang demikian, beberapa orang belia kawasan Kampung Sungai Ular yang ingin memulakan perniagaan makanan telah datang ke Pusat Internet RTP Sungai Ular untuk mengikuti Kursus Pengendalian Makanan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet. Berikut merupakan kepentingan mengikuti Kursus Pengendalian Makanan.

KEPENTINGAN KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN

** Pematuhan terhadap Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan (PKM 2009)

** Menjadi Syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis)

** Syarat-syarat permohonan dan pembaharuan sijil HALAL oleh Jabatan Agama Islam Negeri

** Mengelak dari didenda oleh pihak PBT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)