Bengkel Motor Belia 4B(M) RTP Sungai Ular telah beroperasi sepenuhnya selepas majlis penyerahan yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail baru-baru ini. Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif semua ahli belia RTP Sungai Ular untuk membantu golongan yang tiada pekerjaan secara khususnya memandangkan mereka mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut. Oleh itu, para komuniti yang ingin mendapatkan khidmat ini, boleh terus datang ke kedai No.4 Bangunan JKKK RTP Sungai Ular. Semoga perkhidmatan ini akan terus maju pada masa hadapan.