Saban tahun barisan Squad PI RTP Sungai Ular akan bertukar kerana beberapa kekangan seperti telah berkahwin dan mengikut pasangan ke luar dari kampung. Selain itu, ada juga yang melanjutkan pelajaran. Oleh hal yang demikian, setiap kali program bersama pusat internet diadakan, barisan squad ini akan silih berganti. Namun, apa yang mengharukan adalah barisan squad yang dilantik ini sangat komited melaksanakan setiap tugasan yang telah diagihkan. Kali ini barisan squad PI RTP Sungai Ular terdiri daripada beliawanis yang tinggal di kampung dan juga yang sedang menunggu giliran untuk kemasukan ke pusat pengajian tinggi. Kami petugas PI RTP Sungai Ular sangat berterima kasih kepada squad kerana bersama-sama menjayakan Program Lestari ICT dan Cakna Kesihatan baru-baru ini.