Program ini diadakan pada 15 Februari 2020 di kawasan Kuala Terla yang mana telah disempurnakan oleh YAM. Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Program ini bertujuan untuk pemulihan Hutan Simpan Sungai Ichat, Kuala Terla, Cameron Highlands hasil kerjasama daripada pemimpin-pemimpin tempatan,Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Pejabat Daerah Cameron Highlands serta Persatuan-persatuan Belia Negeri Pahang, serta para NGO dari dalam dan luar Negeri Pahang. Ia juga bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan belia khususnya dan para penduduk tempatan secara amnya.