Sekitar Program Pemberian Vaksin Covid 19 di bawah Dun Jelai bermula pada 2 Jun 2021 yang lepas. PPV pada fasa kedua ini adalah lebih berfokus kepada warga emas dan juga individu yang mempunyai sejarah penyakit berisiko. Semoga dengan kemudahan yang disediakan secara percuma ini dapat memberi manfaat sekaligus perlindungan kepada masyarakat secara umumnya untuk melindungi diri daripada jangkitan wabak Pandemik Covid 19 ini. Bersama-sama kita semua putuskan rangkaian dengan mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. 

Sumber :Pejabat Daerah dan Tanah Lipis bersama dengan JKKK