Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong telah diadakan bersama gotong royong komuniti kg RTP Sg Ular dan sempena cuti Maulidur Rasul 1442h /29 oktober 2020. Program ini telah dijayakan bersama-sama dengan komuniti Kg RTP Sungai Ular, JKKK RTP Sungai Ular, Jawatankuasa Masjid RTP Sungai Ular dan juga Belia 4B(M) Cawangan RTP Sungai Ular.

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membuat hebahan atau memberi penerangan berkaitan dengan Kempen KBBKB kepada komuniti supaya tidak mempercayai berita-berita yang tidak benar dan tular di media sosial sekarang ini. Oleh itu, komuniti disarankan untuk tidak menyebarkan maklumat-maklumat yang diperolehi melalui aplikasi whatsapp atau media sosial yang lain sebelum membuat melayari portal Sebenarnya.my untuk menentusahkan berita yang diterima tersebut betul atau palsu. Komuniti juga dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah yang bijak sewaktu melayari internet.