Berikutan musim tengkujuh yang mengakibatkan kejadian banjir di beberapa negeri, pihak MCMC ingin memberi kesedaran dan menyebarkan maklumat bagi persediaan orang awam menghadapi bencana tersebut. MCMC telah menyediakan dua siri infografik seperti berikut:
1) Persediaan Komunikasi Menghadapi Bencana; dan
2) Mengurus Komunikasi Semasa Bencana.
Sehubungan itu, pihak MCMC berharap infografik ini dapat dikongsikan kepada orang ramai secara elektronik dan melalui semua platform media sosial Pusat Internet Komuniti (PIK) di negeri-negeri yang terjejas. Pihak PIK juga digalakkan mencetak infografik ini untuk dipamerkan di dinding PIK atau di sudut yang sesuai di PIK masing-masing.
Semoga usaha kecil ini dapat membantu orang ramai menggunakan perkhidmatan telekomunikasi secara berhemah ketika mengharungi bencana.
MCMC mendoakan keadaan segera pulih dan kita dapat sama-sama meneruskan kehidupan seperti sedia kala.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am/1214-infografik-persediaan-komunikasi-menghadapi-bencana#sigFreeIde87f9db794