Daftar dan kemas kini maklumat anda ke dalam sistem PADU sekarang supaya tidak tercicir daripada bantuan dan subsidi Kerajaan Malaysia.
Layari www.padu.gov.my .Kerajaan membuka pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga 31 Mac 2024 sahaja.
 
Menggunakan maklumat daripada PADU, Kerajaan akan melaksanakan program subsidi bersasar mulai tahun ini.
Kepada rakyat Malaysia yang prihatin, sebarkan maklumat ini kepada semua. Bantu komuniti, saudara-mara, dan semua rakan taulan.
Jangan biarkan mereka ketinggalan. Mari bersama menjadi sukarelawan demi negara.
Rakyat bantu Kerajaan bantu rakyat.
 
Pendaftaran juga boleh dibuat di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) yang berdekatan. Sila bawa dokumen ahli isi rumah dan maklumat lengkap bagi memudahkan pendaftaran.