Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital)

Projek DTT menawarkan siaran digital TV dengan kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik, lebih banyak saluran percuma, akses kepada Panduan Program Elektronik (EPG - Electronic Program Guide), sarikata pelbagai bahasa dan memberikan pengalaman menonton TV berkualiti HD. Pada masa akan datang, penonton juga mempunyai akses perkhidmatan televisyen interaktif seperti membeli, menonton video atas permintaan, perkhidmatan langganan dan internet terpilih.

Mengapa perlu bertukar ke siaran digital?

Kerajaan sedang dalam proses memindahkan sistem penyiaran analog yang sedia ada kepada siaran digital. Untuk menikmati siaran digital, anda perlu mendapatkan alat penerima, iaitu dekoder DVB-T2 (jenis DVB-T2) yang perlu disambungkan kepada TV anda dan aerial UHF. Selain itu, anda juga boleh menikmati siaran digital dengan membeli TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner).

Siaran digital myFreeview

MyFreeview adalah jenama bagi perkhidmatan DTT untuk Siaran Televisyen Digital Malaysia yang menawarkan semua siaran TV dan radio sedia ada yang popular dengan percuma tanpa sebarang yuran langganan.

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi www.myfreeview.tv