Semua komuniti sangat dialu-alukan untuk menyertai Pertandingan Video Pendek dan Poster anjuran Video Innocation Club, Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Melalui video ini, komuniti boleh berkongsi idea menarik kepada Kelab tersebut mengenai cara pengurusan maklumat COVID-19 secara bijak di media sosial.

Hadiah sangat menarik menanti komuniti yang menyertai pertandingan. Oleh itu, komuniti yang berminat, boleh terus mendapat maklumat di pautan Facebook berikut; https://www.facebook.com/PertandinganVideoInovasi