Tidak dapat dinafikan pada zaman sekarang, internet memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Tidak terkecuali juga dalam dunia pendidikan pada zaman sekarang memerlukan penggunaan komputer dan kemudahan internet untuk membuat sesuatu pekerjaan. Misalnya para guru dari Kemas Bahagian Cameron Highlands ini memerlukan penggunaan internet untuk memasukkan maklumat murid-murid ke dalam sistem yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum tibanya pembukaan semula sesi persekolahan. Oleh hal yang demikian, para guru ini mengambil kesempatan menggunakan kemudahan ICT yang terdapat di PIK RTP Sungai Ular untuk menyiapkan kerja-kerja mereka sehingga siap. Semoga dengan kemudahan yang disediakan ini mampu memberi penyelesaian kepada setiap gerak kerja yang perlu dilakukan oleh komuniti setempat. Oleh yang demikian, PIK RTP Sungai Ular sangat mengalu-alukan kedatangan kaum wanita khususnya yang ingin menerokai dunia keusahawanan digital supaya mengambil peluang menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang terdapat di kampung ini.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini/1216-asas-ict-wanita-januari-2021#sigFreeId700482586c