Pada 31 Januari 2020 yang lalu, PIK RTP Sungai Ular telah mengadakan bengkel untuk guru-guru pasti yang akan memulakan sesi pengajaran secara maya bersama-sama dengan para pelajar mereka. Oleh hal yang demikian, para guru ini memerlukan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah mereka, hal ini sekaligus dapat memberi keyakinan kepada para guru untuk memberi lebih pemahaman kepada para pelajar mereka. Jadi, inisiatif ini digunakan oleh petugas PIK RTP Sungai Ular untuk memberi dan mengajar kaedah tertentu kepada para guru tersebut. Oleh itu, komuniti yang ingin mendapatkan pelbagai  khidmat di PIK RTP Sungai Ular, boleh menghubungi talian petugas terlebih dahulu untuk membuat temujanji demi memenuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan keadaan Pandemik Covid-19 yang semakin parah dalam masyarakat kita sekarang.