Penduduk di RTP Sungai Ular masih mengekalkan acara tradisi untuk memasak juadah sebagai hidangan untuk tetamu yang datang di majlis perkahwinan. Tidak lengkap rasanya sesuatu majlis jika tiada para wanita yang membantu menjayakan majlis. Acara ini dilakukan secara bergotong-royong yang mana para bapa menolong melapah daging lembu. Manakala para ibu menyediakan bahan-bahan untuk memasak. Para belia pula menolong menyiapkan khemah serta mengangkat pinggan dan cawan-cawan yang kotor untuk dibasuh. Tradisi ini masih diamalkan kerana sesuai dengan adat Melayu yang saling bekerjasama dalam sesuatu majlis.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/wanita-hari-ini/299-gotong-royong-kenduri-perkahwinan#sigFreeId05aa01ea59