Seiring dengan perkembangan teknologi terkini para wanita digalakkan untuk mempunyai pendapatan sendiri. Hal ini kerana teknologi yang ada sekarang sedikit sebanyak mampu menyelesaikan permasalahan yang seringkali membelenggu hidup para wanita, iaitu ingin membantu menambahkan lagi pendapatan para suami masing-masing. Oleh sebab itu, persatuan wanita RTP Sungai Ular telah menjemput salah satu Stokis Tupperware Brand untuk mengadakan Party Tupperware di sini sekaligus dapat menarik minat para wanita untuk menyertai dan menjual produk-produk tersebut.