GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN
"Gulai Tempoyak Ikan Patin" sememangnya terkenal di Negeri Pahang Darul Makmur. Makanan ini menjadi tarikan kepada para pelancong yang berkunjung ke negeri ini, terutamanya di daerah Temerloh. Begitu juga di Kampung RTP Sungai Ular juga mempunyai jolokannya yang tersendiri dari segi makanannya. Gulai Tempoyak Ikan Patin sentiasa menjadi lauk pilihan ketika kenduri perkahwinan atau kenduri kesyukuran. Pemilihan ikan patin sungai atau kolam ternakan menjadi keutamaan dalam hidangan ini. Hal ini kerana segelintir penduduk tidak menggemari ikan patin sungai dan sebaliknya.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/265-gulai-lemak-pede-budu#sigFreeIdc1885c626d
SAMBAL HITAM BELIMBING BULUH
"Sambal Hitam" juga dihasilkan oleh segelintir komuniti di sini untuk tujuan berniaga mahupun untuk makan sekeluarga. Sambal Hitam yang dihasilkan oleh air tangan penduduk di sini berbeza mengikut citarasa masing-masing. Ada segelintir pihak yang membuatnya mengikut tahap kepedasan yang maksimum dan ada juga yang sesuai untuk dimakan oleh semua golongan umur. Namun, bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk ini tetap daripada bahan yang sama, iaitu belimbing buluh yang sudah direbus, ikan bilis, cili api dan juga bawang.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/265-gulai-lemak-pede-budu#sigFreeId8b2913d087
KUAH PECAL
"Kuah Pecal" juga sinonim dengan komuniti RTP Sungai Ular. Penghasilan kuah pecal ini mengambil masa yang sangat lama untuk menjaga kualiti rasa masakan tersebut. Bagi mereka yang telah mengunjungi rumah saudara mara mereka di Kampung RTP Sungai Ular mesti akan merasai kelazatan masakan yang dihasilkan oleh sebahagian penduduk di sini. Ada segelintir penduduk Kampung RTP Sungai Ular mencuba untuk memasarkan hasil masakan tersebut melalui kaedah jualan langsung dan juga media sosial.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/265-gulai-lemak-pede-budu#sigFreeIda8c34b4728
GULAI LEMAK PEDE/BUDU
Gulai lemak pede atau gulai lemak budu amat digemari oleh masyarakat Pahang dan ianya merupakan makanan tradisional masyarakat Pahang. Antara bahan-bahan utama yang dimasukkan ke dalam masakan tersebut adalah berasaskan sayur-sayuran dan herba-herba kampung. Antaranya adalah daun kunyit, daun kaduk, daun kesum, serai,pucuk ubi, terung pipit, bawang besar, bawang putih, cili padi, kunyit hidup, santan dan juga budu sebagai penyedap rasa.
GULAI KELADI KEMAHANG
Keladi Kemahang atau nama saintifiknya Colocasia esculenta merupakan sejenis tumbuhan dari jenis keladi daripada keluarga Araceae yang lazimnya tumbuh liar di kawasan agak lembap dan subur. Tumbuhan ini mempunyai struktur hampir menyerupai dengan jenis keladi biasa seperti keladi minyak, keladi cina, Keladi gajah, keladi putih yang mana bahagian umbisinya dijadikan bahan makanan sejak zaman dahulu. Cara pembiakan tumbuhan ini adalah melalui rizom atau sulur yang terdapat pada keladi matang. Keladi adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai pelbagai jenis dan spesis serta mempunyai kesesuaian tumbuh dikawasan tanah gambut yang redup. Bagaimana pun Keladi Kemahang mempunyai beberapa keistimewaannya yang tersendiri, iaitu batangnya tidak mempunyai sejenis cairan lendir yang menyebabkan ia memberikan kesan rasa gatal jika dimakan. Selain daripada tumbuh liar, kini keladi kemahang telah ditanam dikawasan keliling rumah di kampung-kampung terutama di Pahang dan Perak untuk dikutip hasilnya bagi tujuan kegunaan sendiri malahan ada yang menanam untuk tujuan jualan.