Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ bermula 1 April 2022, merupakan ‘exit strategy’ untuk membolehkan Keluarga Malaysia kembali kepada kehidupan hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
Kerajaan juga memutuskan supaya sempadan negara dibuka semula pada 1 April 2022 selari dengan Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’.
Bagi negara yang masih menutup pintu sempadan, Keluarga Malaysia boleh menggunakan kaedah Vaccinated Travel Lane (VTL) yang dipersetujui Kerajaan Malaysia dengan negara-negara terbabit.
Rakyat asing yang keluar masuk ke Malaysia hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi Mysejahtera dan melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi ‘Traveller’ dalam MySejahtera.
Keputusan terkini ini dapat merancakkan semula ekonomi negara secara keseluruhan khususnya industri pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
View the embedded image gallery online at:
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/1564-pembukaan-sempadan-negara-untuk-pelancongan-ekonomi#sigFreeId3960bc4745
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/1564-pembukaan-sempadan-negara-untuk-pelancongan-ekonomi#sigFreeId3960bc4745