Salah satu tarikan pelancongan di Daerah Kuala Lipis pada masa sekarang adalah terdapat sebuah van antik Jepun yang telah diubahsuai menjadi van aiskrim oleh tuannya sendiri, iaitu Tuan Rostam. Van aiskrim cinoni ini turut menyumbang kepada 'charming' pekan klasik di daerah ini. Van antik yang telah diubahsuai ini diberi nama "Van Kechill". Antara makanan yang dijual di dalamnya adalah, 'Ice Cream Sandwich Bananana', Shinjuku cake with ice cream, banana split with a Lepih twist. Kebiasaannya, Van Kechill ini akan parking berhadapan coffe palace yang terkenal, iaitu The Sidang Kopi, iaitu menerusi Jalan Jelai.
Sumber : A Shukri Elias, Sulur Bayung 2022
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/1611-van-kechill#sigFreeId8061306d4e