Sungai Yu & Ecoviaduct

Sungai Yu dan Eco Viaduct merupakan salah satu kawasan menarik yang terdapat berhampiran dengan Kampung Merapoh dimana jaraknya adalah lebih kurang 10 hingga 15 kilometer sahaja.  Sungai Yu merupakan kawasan yang menarik kerana mempunyai kawasan rekreasi dan sungai yang airnya sejuk dan jernih. Hal ini telah menarik minat pengunjung untuk berkunjung ke Sungai Yu. Selepas Lebuhraya Central Spine Road yang menghubungkan negeri Pahang dengan negeri Kelantan dibina, wujud pula Eco Viaduct di kawasan Sungai Yu tersebut,

Eco Viaduct merupakan jambatan bagi hidupan liar melintas. Eco Viaduct Sungai Yu bukanlah jambatan hidupan liar yang pertama di Malaysia tetapi ia adalah jambatan hidupan liar yang terpanjang di Malaysia iaitu 927 meter. Eco Viaduct dibina bagi mengurangkan ancaman terhadap habitat asal bagi hidupan liar dan dapat mengurangkan risiko haiwan liar mati dilanggar oleh kenderaan. Walaupun pembinaan Eco Viaduct tersebut hanya untuk mengurangkan ancaman kepada hidupan liar, namun ia adalah sebuah kawasan yang menarik untuk dikunjungi kerana mempunyai pemandangan yang begitu indah.