Negeri Pahang merekodkan kadar purata tempoh penginapan tertinggi di Malaysia atau 75 peratus bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.
Kadar itu juga meningkat 2.5 peratus berbanding 72.5 peratus pada tempoh sama tahun lalu - YB Puan Leong Yu Man Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang.
Negeri Pahang juga merekodkan jumlah kedatangan penginap hotel tertinggi dalam kalangan pelancong tempatan iaitu seramai 5.92 juta orang di seluruh Malaysia bagi tempoh masa Januari - Jun 2024.
Tahniah kepada Kerajaan Negeri Pahang, pemain industri dan semua yang terlibat secara langsung atau pun tidak, dalam mencapai kejayaan ini 🫡🫡🫡
Data diperoleh daripada Bahagian Perancangan Strategik Tourism Malaysia.
“Wonders Pahang”
“This is Pahang Unlimited”