Homestay merupakan salah satu kemudahan penginapan yang kami sediakan di kampung Kuala Medang. Bagi pelancong asing yang ingin merasai suasana tinggal di dalam rumah kayu dan juga ingin menghirup udara segar, penginapan di homestay adalah suatu pilihan yang tepat untuk mereka. Selain itu juga, terdapat pelbagai aktiviti yang ditawarkan oleh pihak Pengurusan Homestay Kuala Medang untuk memuaskan hati para pelancong. Antaranya seperti menyusuri sungai, lawatan ke kilang IKS dan sebagainya dengan pakej 3 hari 2 malam berharga RM280/pack.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/230-penginapan-homestay#sigFreeId800f6d2fa1