Terletak di sebelah timur Kampung Relong di atas kawasan kira-kira 20 ekar. Tingginya dianggarkan 800 kaki dari aras laut. Kalau memandu kereta dari Lipis ke Padang Tengku, bukit batu kapur ini dapat dilihat di sebelah kanan Jalan Persekutuan nombor 8. Terdapat dua bukit satu kecil (Jantan) dan satu lagi besar (Betina).
Di puncak bukit batu kapur Gua Bama ini terlihat pemandangan menyeluruh kawasan sekitarnya iaitu Kampung Relong, Bapong, Berchang dan Berang. Terdapat juga sebuah kolam mandi yng dipercayai tempat persiraman puteri yang menghuni gua tersebut pada zaman dahulu.
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/424-menarik-di-lipis-gua-bama-kg-relong#sigFreeId15ac1b50e3