Terletak kira-kira 7Kilometer dari bandar pusat Kuala Lipis. Hutan Lipur Terenggun merupakan sebuah pusat rekreasi dan destinasi pelancongan yang meliputi kawasan seluas 23 hektar termasuk tasik. Hutan Lipur Terenggun juga merupakan salah satu hutan simpan yang terdapat di daerah Lipis. Hutan Lipur Terenggun telah digazetkan dibawah Enakmen Hutan 1981 dan telah ditunjukkan di F.M.S.

Kerajaan telah mengazetkan kawasan tersebut sebanyak 743 ekar pada 8 Februari 1924 dan 8,996 ekar pada 27 Disember 1924. Kelebaran semasa bagi keseluruhan Hutan Lipur Terenggun adalah sebanyak 460 hektar yang memegang status hutan dara dan juga mempunyai 212 hektar yang telah direzabkan sebagai hutan dara yang didominasikan spesisMeranti dan Keruing .

Hutan Lipur Terenggun ini menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan kepada pengunjung seperti :
● Beriadah,
● Memancing,
● Bersukan dengan disokong dengan pelbagai kemudahan lain seperti taman refleksolgi, taman permainan kanak-kanak, kolam memancing, wakaf, tandas dan surau.

Sumber : Majlis Daerah Lipis