Taman Tema Air merupakan salah satu kegiatan ekopelancongan rekreasi. Baru-baru ini Taman Tema Air Jengka telah dibuka kepada orang ramai yang ingin menghabiskan masa hujung minggu bersama dengan keluarga. Ianya telah beroperasi pada 1 Disember 2018. Pelbagai kemudahan disediakan untuk para pengunjung. Antara kemudahan yang disediakan di Jengka Wonderland ialah surau, tandas, bili persalinan, meja wakaf, cafe dan gazebo untuk disewa. Pengunjung juga boleh membawa makanan sendiri dari rumah.
Bagi yang belum pernah datang ke Jengka Wonderland, bolehlah mengambil peluang bersama keluarga untuk datang merasai sendiri keseronokan bermain di taman tema air ini. Persekitaran yang bersih juga memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang. Harga tiket dan juga kadar sewa kemudahan adalah sangat berpatutan dan bersesuaian dengan persekitaran di sana.
HARGA TIKET :
~ Dewasa : RM15
~ Kanak-kanak : RM12
~ Warga Emas/OKU : RM8
WAKTU OPERASI :
~ Isnin - Khamis : 10.30 am - 7.30 pm
~ Sabtu - Ahad : 9.00 am - 7.30 pm
~ Khamis : Tutup
HUBUNGI :
~ 019 669 2377
http://rtpsgular.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/648-taman-tema-ekopelancongan#sigFreeId57506d590c