Plaza Hotel Lipis telah ditubuhkan pada tahun 1995 yang mana dahulunya dikenali sebagai Lipis Inn. Hotel ini terletak di jalan utama menuju ke pusat bandar Kuala Lipis, iaitu kira-kira 10 minit berjalan kaki ke dari hotel. Plaza Hotel Lipis ini menyediakan penginapan yang selesa dan suasana hotel bertaraf 2 bintang yang terdiri daripada 51 buah bilik, sebuah restoran yang menghidangkan makanan kampung serta dewan jamuan yang sesuai untuk badan korporat atau swasta. Para komuniti atau pelancong yang berhasrat untuk menginap di Plaza Hotel Lipis ini boleh  terus menghubungi talian 09-3125521.