"Syurga Makanan" di Bulan Ramadhan adalah sangat sinonim dengan masyarakat yang beragama Islam. Namun begitu, segelintir masyarakat kurang menitikberatkan soal keselamatan dalam pemilihan makanan yang dibeli di bazar-bazar ramadhan terutamanya. Akibat daripada itu, maka akan menjejaskan tahap kesihatan dan tidak dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Oleh sebab itu, berikut merupakan tips keselamatan makanan yang boleh dipraktikkan bersama demi menjaga kesihatan dan keselamatan badan kita sempena bulan Ramadhan ini.