"Syurga Makanan" di Bulan Ramadhan adalah sangat sinonim dengan masyarakat yang beragama Islam. Namun begitu, segelintir masyarakat kurang menitikberatkan soal keselamatan dalam pemilihan makanan yang dibeli di bazar-bazar ramadhan terutamanya. Akibat daripada itu, maka akan menjejaskan tahap kesihatan dan tidak dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Oleh sebab itu, berikut merupakan tips keselamatan makanan yang boleh dipraktikkan bersama demi menjaga kesihatan dan keselamatan badan kita sempena bulan Ramadhan ini.

Berikut merupakan langkah keselamatan semasa musim kemarau bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini;

1. Tidak membuat pembakaran terbuka
2. Tidak membuang puntung rokok merata-rata
3. Tidak melakukan pembaziran air
4. Elakkan berada di tempat terbuka ketika waktu tengahari
5. Minum air secukupnya
6. Laporkan kejadian kebakaran kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
7. Pastikan pintu bilik dan tingkap ditutup rapat ketika meninggalkan bilik
8. Tidak meninggalkan sisa makanan
9. Pastikan keselamatan sekeliling seperti tandas dan ruangan bilik sebelum digunakan
 
Bersama-sama ini disertakan nombor talian kecemasan untuk rujukan dan simpanan semasa kecemasan.
 
1. Balai Polis Padang Tengku - 09-3291222
2. Balai Polis Sungai Koyan - 09-340 1366
3. Balai Bomba Daerah Kuala Lipis - 09-312 4444
4. Hospital Daerah Lipis - 09-312 3333

Internet dan teknologi dalam talian seperti telefon bimbit adalah alat canggih yang digunakan untuk berkomunikasi, belajar, bermain dan berhibur seluruh dunia.

Panduan penggunaan internet yang selamat untuk kanak-kanak

  1. 1. Jangan sesekali memberi maklumat peribadi, seperti nama anda, alamat rumah, nombor telefon, nama sekolah dan lain-lain.
  2. 2. Jangan bertemu kenalan dalam talian secara bersendirian.
  3. 3.Jangan beri kata laluan kepada sesiapa pun, walaupun kawan karib. Simpan kata laluan di tempat yang selamat.
  4. 4. Dalam chatting room (bilik sembang) gunakan nama yang umum (yang tidak menggambarkan jantina anda) bagi menghindari gangguan seperti bahan lucah dan sebagainya.
  5. 5.Sekiranya anda menerima bahan lucah, beritahu ibubapa atau orang dewasa yang anda percayai.
  6. 6.Jangan berkongsi gambar diri anda, keluarga atau rumah anda dengan orang yang anda hanya kenali secara dalam talian.
  7. 7.Jangan buka e-mel daripada sumber yang tidak anda ketahui. Hapuskan e-mel tersebut.
  8. 8.Jika anda menerima sebarang komen yang kesat atau berbaur ancaman dalam talian, jangan balas. Keluar dari sistem (log off) dan laporkan kepada ibubapa anda.
  9. 9.Penulisan di laman web bukan hak peribadi. Oleh itu, berhati-hati tentang apa yang anda tulis termasuklah kepada siapa yang anda tujukan.
  10. 10.Jika anda berasa ragu, dapatkan bantuan ibubapa anda atau keluar dari sistem (log off).

 

Sumber : Dr. Hargeet Kaur a/p Basant Singh http://www.myhealth.gov.my/safety-on-the-internet/