Kisah benar ini baru berlaku beberapa hari lepas. Mangsa dilanggar lari oleh sebuah van tidak dikenali. Apple watch mengesan mangsa tidak mempunyai respon selama seminit. Jika tidak mempunyai respon, Apple watch akan menelefon kecemasan dengan menggunakan pita suara memberikan maklumat pesakit dan lokasi semasa mangsa. Notifikasi juga dihantar kepada waris berserta lokasi. Teknologi yang bagus untuk keselamatan komuniti.
Sumber mothership.sg
 
Bagi menambah baik pengesanan kontak, butang 'daftar keluar' (check-out) telah ditambah di MySejahtera.Anda hanya perlu menekan butang tersebut apabila anda meninggalkan sesuatu lokasi.Jika terlupa, jangan bimbang.Anda akan didaftar keluar apabila anda check-in di lokasi baharu.
Sumber : FB Majlis Keselamatan Negara

Berikut merupakan langkah selepas penerimaan vaksinasi Covid19.

Sekiranya anda baru menerima vaksin, khususnya kepada golongan lelaki muda berusia 30 tahun ke bawah, elakkan aktiviti fizikal yang BERAT.
Aktiviti fizikal ringan seperti regangan, berjalan kaki dan kerja rumah boleh dilakukan. Jika ada gejala sesak nafas, sakit dada dan jantung berdebar dapatkan pemeriksaan segera.
 
Sumber : Facebook Public Health Malaysia
Berikut merupakan langkah keselamatan yang perlu diambil oleh pengguna apabila mengunjungi pasar raya dan pasar untuk mengurangkan risiko daripada dijangkiti virus Covid19.
 
✅ PASTIKAN ada senarai keperluan barang yang hendak dibeli sebelum keluar rumah.
✅ PAKAI pelitup muka dengan betul dan sempurna.
✅ BAWA DAN GUNA hand sanitizer sendiri.
✅ BELI barang keperluan IKUT SENARAI yang telah dibuat.
✅ PATUHI JARAK FIZIKAL ketika membeli barang.
✅ BALIK SEGERA ke rumah setelah urusan selesai.
✅ Sekiranya ada gejala batuk, selesema dan sakit tekak,JANGAN PERGI ke pasar raya. SEGERA DAPATKAN RAWATAN di klinik kesihatan berhampiran.Kena tegur menegur jika ada yang tidak patuh SOP untuk saling melindungi.
✳️ PERINGATKAN AHLI KELUARGA KITA.. PERINGATKAN ORANG YANG KITA SAYANG❤️
Tindakan ini penting untuk mengurangkan risiko jangkitan & kluster baru COVID-19.